SELAMAT DATANG KE MYBAGINDA FM

Kalau Bukan Kita,Siapa Lagi,
Bah Mari kita Majukan RADIO BAGINDAFM INI.....

((((PERATURAN DI DALAM KARPET MYBAGINDAFM))))

--Bachatting dengan sopan santun ok--
--Di larang memaki,bertengkar atau membincangkan isu isu sensitif--
--Tidak juga dapat menhina orang lain,bangsa atau pun agama orang lain--
--Di larang juga mempomosikan laman web radio lain disini--
**HORMATILAH DI ANTARA SATU SAMA YANG LAIN**

(((PENAUNG)))
*akan di update kemudian*

(((((ADMIN))))
*Dee Jay Aming@Kadayan FM*

(((BROADCASTING DIRECTOR)))
*Eddy Hamdi Aminuddin@FM Group*

(((PENASIHAT)))
*Nur Syazana Mohd Lait*

(((AREA MANAGER)))
*Dee Jay ash@Bagindafm*

***DEE JAY-DEE JAY BAGINDA FM***
*Dee Jay Aming@KadayanFM*
*Dee Jay Ash@BagindaFM*
*Dee Jay Abu@BagindaFM*
*Dee Jay Ardi@BagindaFM*
*Dee Jay SS@BagindaFM*
(akan di update mengikut keperluan)

(((WEBMASTER)))
**Dee Jay Aming@Kadayan FM**

(((MODERATOR MYKADAYANFM)))


Tiada catatan.
Tiada catatan.

XAT.COM

 
  Embed     Events   Inappropriate    

Bagindafm di lapangan(KRT TOHAN BARU)

Bagindafm di lapangan(KRT TOHAN BARU)

Bersama peminat-peminat Bagindafm

Bersama peminat-peminat Bagindafm

SUNGAI KG BAGINDA

SUNGAI KG BAGINDA

BERITA

Randy Orton - Jemput datang melawat sendiri ke KG Baginda Ulu...
Kepada Tuan Hj Masmin Kadad dan Lionking Borneo (bkn org Kg Baginda saya yakin), jenguk2lah ke Kg Baginda Ulu untuk melihat kesan hebat hakisan tebing sungai pegalan yg menjadi isu debat tulisan kamurang!!! Sambil melihat hakisan tersebut, andaikan yg hakisan itu berlaku di kampung kamurang... Selami perasaan pemilik rumah yg hampir2 lg musnah ditelan arus sungai pegalan.. Kemudian tanya diri sendiri, perlukah lagi itu prosedur, kajian alam sekitar dsb demi utk menyelamatkan premis2 yg ada d sana??? Adakah plan menyelamat dr JPS dtg dalam jangka waktu yg cepat??? Kenapa perlu pertikaikan "Win-Win Situation" kalau itu sahaja cara yg boleh selamatkan Kg. Baginda?? Kalau mahu ikut peraturan atau undang2 dgn telus, kenapa tidak diri sendiri yang jadi contoh?? Saya sangat setuju dengan tulisan Tuan IR Samin Salim yg berpaksikan pada keadaan sebenar.. Tahniah kpd YB Datuk Justin Guka yg mengambil pendekatan cara beliau utk mengatasi masalah hakisan tebing sungai dengan cepat.. Sekian...

BERITA

IR SAMIN SALIM - MELURUSKAN ALIRAN SUNGAI PEGALAN DI KG BAGINDA ULU
Apabila keadaan terdesak, apabila bahaya berada didepan mata, Apabila tebing sungai tinggal 4 kaki jarak daripada rumah,..sedangkan tanah terus runtuh bersama air sungai yang deras menghanyutkan...Ada manusia timbulkan..kritik pasal win win situation, meneng-menang,..pasal alam sekitar, Mafia dan sebagainya tuduhan liar,..dan Sdra duarung Prihatin...berprajudis pula ,..macam ada tersembunyi katanya" ...Ini semua adalah andaian orang zaman sekarang, sangkaan orang bahawa,..tentu ada orang makan besar atau dapat untung besar dlm kerja-kerja ini,..kan,.. begitu,..sangkaan kamurang sangat meleset....hal ini telah dibawah mesyuarat kampung beberapa kali..dan inilah keputusannya bahawa...."Mesti aliran sungai pegalan diluruskan, untuk menyelamatkan KG Baginda ULU,. Memanglah yang dikorek itu, ada pasirnya..dikorek, macam terusan,,..Jika sudah sempurna terusan pelurusan aliran sungai pegalan, maka Pasir-pasir yg dikorek berlonggok macam gunung itu, kelak akan diguna untuk menimbus bekas sungai pegalan yg mengancam kg Baginda ulu,..ertinya..secara total aliran sungai pegalan berpindah kepada aliran yang baru dibuat..sekali lagi saya nyatakan bahawa nanti aliran sungai lama ditimbun dengan pasir dan tanah...dengan ini maka selamatlah kg baginda ulu daripada dihakis dan dihanyutkan sungai pegalan,...Andaikan Perkara seperti ini terjadi keatas diri anda sendiri....apakah tindakan anda untuk menyelamatkan diri,nyawa,keluarga dan hartabenda anda,...????,. Untuk Pengetahuan para pembaca, SuruhanJaya Pencegah Rasuah Malaysia /SPRM...sudah datang di kg Baginda ulu dan periksa ..isu ini, dan tanya orang kampung,...Ada minit mesyuarat seluruh kampung setuju bahawa tempat itu dikorek sebagai laluan air sungai pegalan baru dan lurus,....,..Apakah muslihat manusia yg datang menambah permasalahan kg Baginda ulu, belum selesai satu masalah, datang lagi orang luar kasi masalah,...,,.

Keningau

.

Sejarah Asal usul Keningau

KENINGAU
Keningau adalah sebuah daerah yang terletak di kawasan pedalaman Sabah, Malaysia dan terbesar di Bahagian Pedalaman. Daerah Keningau boleh dihubungi menggunakan jalan darat dari Ibu Negeri Kota Kinabalu melalui Tambunan atau melalui Kimanis di mana masing-masing mempunyai jarak sekitar 128 kilometer yang mengambil masa kira-kira 2.5 jam perjalanan. Selain pengangkutan darat, terdapat juga perkhidmatan pengangkutan udara di Bandar Keningau. Bagaimanapun lapangan terbang keningau hanya sesuai untuk kegunaan kapal terbang jenis foker sahaja.

ASAL USUL KENINGAU
Berdasarkan kepada sejarah silam, terdapat sebuah kawasan perkampungan yang banyak ditumbuhi dengan kayu manis iaitu sejenis rempah untuk memasak. Dalam bahasa masyarakat tempatan di kawasan tersebut iaitu kaum Murut, mereka memanggilnya sebagai kayu keningau. Ketibaan orang Inggeris di kawasan tersebut menjadikan kulit kayu keningau menjadi salah satu bahan eksport mereka. Secara tidak langsung kawasan pedalaman menjadi pengeluar kulit kayu Keningau yang penting pada ketika itu. Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil keningau sehingga mewujudkan sebuah kampung seterusnya membangun menjadi sebuah bandar yang tidak ketinggalan dengan kemajuan dan menjadi pusat pentadbiran di kawasan pedalaman Sabah.




Sejarah Keningau



Daerah Keningau pada suatu masa dahulu terkenal dengan pokok kayu manis atau lebih dikenali sebagai "POKOK KONINGAU" oleh penduduk tempatan. Kayu Koningau ini memang terkenal di kalangan penduduk tempatan sebagai bahan rempah dalam masakan sehingga mendapat jolokan "Raja Rempah Ratus". Kemasyhurannya telah menarik perhatian ramai saudagar-saudagar asing untuk memperdagangkannya di pasaran antarabangsa.

Permintaan ramai yang tinggi terhadap kayu manis menyebabkan daerah ini begitu terkenal di mata saudagar-saudagar tempatan dan asing. mereka inilah yang memberi gelaran "Kampung Keningau" pada daerah ini sempena nama pokok kayu Koningau yang memudahkan mereka mengenali kawasan sumber utama kayu manis.



Nama "KENINGAU" terus masyhur dan terkenal serta kekal sehingga ke hari ini sebagai sebuah daerah yang tertua dan terbesar di Bahagian Pedalaman.

Mengikut isitlah saintifik kayu manis disebut dengan nama Cinnamomun Burmannii dan tergolong dalam familia Lauraceae.

Batu Sumpah

Legenda Batu Sumpah

Batu Sumpah ini telah didirikan pada tahun 60 an atas Perjanjian di antara Parti Pasok Momogun yang diketuai oleh mendiang Y.Bhg. Datuk G. S. Sundang @ Datuk Gunsanad Samson Sundang dan mendiang OKK Sodomon Bin Gunsanad dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk menghormati hak kebebasan beragama, adat istiadat anak rakyat Negeri Sabah oleh Kerajaan Malaysia dan rakyat Negeri Sabah, Penduduk Bahagian Pedalaman Atas (Keningau) bersumpah taat setia kepada Kerajaan Malaysia.

Batu Sumpah tersebut kini diletak di perkarangan
Bangunan Urusetia Keningau.


Mascot Daerah Keningau - mengenal Payau


Payau merupakan salah satu ruminan yang termasuk dalam kelas-kelas berikut, Order. Artiodactyla, Sub-order. Ruminantia, Famili: Cerdidae, Genus: Cervus/Axis/Spese: Unicolor (payau Sambar), Elaphus (Payau Merah), Timorensis (Payau Timor), Nippon (Payau Sika), Axis (Payau Chital).

Di Asia sahaja terdapat 16 jenis spesis payau (G.K. whitehead, 1972). Di Malaysia, terdapat 2 jenis payau sambar iaitu Cervus Unicolor Equinus yang terdapat di Semenanjung dan Cervus Unicolor Brokei yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Jenis-jenis payau lain yang diternak di Malaysia adalah payau merah (cervus elaphus), Payau Chital (axis-axis) Payau timor (Cervus Torensis) dan payau Fallow (dama dama). Sedikit masa dahulu, payau siku (Cervus nippon) juga diternak di Malaysia, namun oleh kerana masalah penyakit Tuberculosis maka banyak payau sika telah dimansuhkan serta tidak diimpot lagi.
Payau Sambar merupakan jenis payau yang lebih besar daripada jenis-jenis payau yang tersebut di atas. Payau Sambar jenis Cervus Unicolor Equinus lebih besar daripada Cervus Unicolor Brokei.

suasana Kg Baginda jam 12 tengahari

suasana Kg Baginda jam 12 tengahari

mybagindafm